Monday, January 3, 2011

EntRy 4 : Industrial Training....!!

aku praktikal kat PPK Kampung Gajah.Sebelum aku dapat kat situ banyak jugak la yang aku kena terima.Majoriti tempat yang aku nak praktikal tu semuanya tak nak terima aku.Katanya tak sesuai dengan kos aku.Ada jugak la majikan yang baik nak bagi aku praktikal kat tempat dia tu pun kalau aku dah terdesak tak dapat tempat.Macam aku ni mintak simpati plak la..Last2 aku try kat PPK Kampung Gajah and alhamdulillah aku diterima.Kebetulan kat situ memang ramai yang kenal dengan ayah aku so kira boleh la berunding.
    Sepanjang aku praktikal kat situ macam2 yang aku belajar.Tapi yang paling bestnye semua pelajar praktikal selalu dibawa keluar ikut aktiviti yang diorang buat macam rombongan ke Melaka dengan Johor,Sambutan Hari Peladang,Expo Peladang dan macam2 lagi la.Memang best...!:)Pernah jugak la semua pelajar praktikal masuk ladang kelapa sawit.Wow...first time masuk ladang,panjat-panjat bukit....memang best la....
     Cuma yang agak menyedihkan praktikal aku berakhir dengan sedih sikit la.Lagi sebulan je nak habis praktikal...tapi aku tak kisah pun.Biarla apa orang nak cakap.Apa yang penting aku dapat habiskan praktikal aku dengan ilmu yang aku dapat.....:)

Sunday, January 2, 2011

EntRy 3 : Politeknik

Aku sekarang belajar dekat Politeknik Sultan Idris Shah,PSIS.Kos yang aku dapat masa dapat surat tawaran tu Diploma Sains Kesetiausahaan or nak lebih pendek kos DSK je.Kos aku ni diploma tapi cuma 2 tahun je.Pendek memang pendek tapi kerjanya memang banyak la and subjek killer DSK ni,Trengkas.
    
SEMESTER 1
Orang pertama yang aku jumpa and kenal masa mula-mula aku daftar,Sheila.Kebetulan kos yang aku dapat tu sama dengan dia and kitorang pun jadi roommate.Roommate aku masa sem 1 ni Sheila,Emma and Mai.Tapi Mai dengan kitorang kejap je sebab dia dapat tawaran pergi UITM.Masa mula-mula aku belajar subjek DSK ni memang aku pelik sangat dengan subjek Trengkas and Shorthand.Tapi dah lama2 tu boleh la.Aku masuk kelas B and masa perjumpaan dengan PA la aku mula kenal budak2 kelas aku.

SEMESTER 2
Semester 2 ni aku dapat roommate baru,Fairus tapi tak baru pun sebab dia budak kelas aku gak...he3....About subjek sem ni belajar Trengkas 2 and Shorthand 2.Kena buat speed pulak tu.Semua speed.Memang kena struggle la.Sem ni kira banyak la yang best.time sem ni la aku kena cari tempat praktikal,rumah sewa semua tu untuk sem 3 dengan 4 nanti.Nasib baik parent aku nak tolong aku carikan tempat praktikal and makcik aku carikan rumah sewa.Sem ni aku agak tension jugak la sebab speed typing aku memang hancur..hu3...tapi time final hari tu aku cuba buat yang terbaik.Alhamdulillah boleh la tapi still takut jugak,takut repeat.

SEMESTER 3
Hmm semester ni lagi la best duduk rumah je.Aku dapat praktikal dekat PPK Kampung Gajah,tak jauh pun dari rumah aku dalam 20 minit je.Time ni aku mula belajar bawak moto ke tempat jauh sikit.Hujan,panas aku bawak je moto.Eala masing-masing sibuk.Kebetulan abang aku pun praktikal jugak jadi memang semua ada la kan?Time praktikal ni aku banyak belajar tentang kos yang aku ambik.Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar cuma praktikal aku habis dengan sedih sikit la....tapi biarla benda dah lepas pun....he3.

SEMESTER 4
Alhamdulillah sem ni aku dapat duduk asrama.Ni sem aku yang last,insya Allah.Sem ni agak relax jugak la tp yang lebihnya teori.Kena membaca je.aku harap ni sem ni aku tak repeat and lepas semuanya.Hala tuju aku habis je sem ni aku nak sambung degree.Insya Allah.

EntRy 2 : My FriEndS

TAdiKa
Time aku kecik,aku rapat dengan seorang pmpuan ni.Nama dia Amira.Rumah dia betul-betul depan rumah aku time aku duduk kat PPK.Kitorang selalu main sama-sama,makan sama-sama,pergi tadika pun sama-sama.Kadang-kadang aku pergi rumah dia,kadang-kadang dia pulak yang pergi rumah aku.Tapi semua tu kejap je.Dia ikut family dia pindah rumah dekat Ipoh...hu3

SekolaH Rendah.......
aku time sekolah rendah agak aktif la jugak..he3....aku rapat dengan Zawahir.Jangan salah anggap ye,Zawahir tu girl ok?Dari darjah 1 sampai la darjah 6 kitorang sama kelas,sama-sama jadi pengawas sekolah.
    Beside that aku de gak rapat dengan sorang boy ni.Nama dia Ikram.Actually dia sebenarnya kawan abang aku.Dia selalu panggil aku "Banana" and aku pun panggil dia "Kapal Karam"...ha3...best sangat time tu.Time rehat je kitorang lepas makan mesti main kejar-kejar.Pernah la jugak budak-budak lain cakap kitorang ni kapel,padahal tak pun..:)
    Tapi semua tu kejap je.Time aku darjah 4 and dia darjah 5 kitorang dah tak rapat macam dulu.Entahla mungkin masing-masing dah besar takkan nak main kejar-kejar macam dulu lagi...kan?Sekarang aku dah lost contact dengan dia..hu3

SMK SULTAN ABDUL JALIL SHAH
Masa aku form 1 sampai la aku form 3 aku rapat dengan sorang boy ni.Ridhwan Awaluddin nama dia.Bagi aku dia memang kawan boy aku yang paling baik and faham aku.Kitorang selalu gurau sama-sama.Kalau dia ada problem,dia mesti cerita dekat aku.Samala dengan aku.Kitorang selalu share problem and dia selalu bagi aku nasihat.Kitorang tak pernah gaduh.Always happy-happy je.Tapi naik je form 4,dia pergi sekolah teknik...hu3...sedih...apa2 pun kitorang still contact lagi.
   Alhamdulillah,Wan tukar sekolah aku dapat bestfriend yang sampai sekarang kitorang still bersama.Nabilah and Jamilah.Kitorang selalu sama-sama.Just kitorang bertiga je.Selepas result SPM keluar,kitorang plan sama-sama nak masuk form6.Alhamdulillah,kitorang dapat masuk form6 sama-sama.And yang paling tak aku sangka,Wan pun dapat masuk sekolah form 6 yang sama dengan aku..:)

PSIS
Akhirnya aku dapat tawaran masuk ke Politeknik Sultan Idris Shah(PSIS).Dekat sini aku jumpa dengan kawan-kawan yang baru.Elly,Ain,Syada,Wani,Ana,Fai,Sheila and Emma.Diorang la kawan-kawan yang always dengan aku time dekat Poli.Kebetulan,kos yang kitorang ambik sama so memang kalau pergi kelas mesti sama-sama.Diorang ni jenis yang happy-happy je and giler2 sikit...he3...

I LOVE ALL MY FRIENDS!!!!:)